Bukan Aplikasi Pinjaman Wang

Aplikasi Merekod & Menjejak Hutang Peribadi

Selesaikan isu hutang tanpa bermasam muka. Jana dokumen perjanjian rasmi, jejak bayaran ansuran, dan hantar peringatan mesra secara automatik terus dari telefon pintar anda.

Ciri-ciri IOU: Personal Debt Tracker

Pengurusan Hutang Paling Lengkap & Telus

Kami faham urusan wang antara rakan atau keluarga boleh jadi sensitif. Bina kepercayaan melalui ketelusan rekod dan dokumen rasmi dengan ciri-ciri ini:

Dokumen Perjanjian Rasmi

Jana dokumen PDF rasmi (Akta Kontrak 1950) lengkap dengan ejaan nilai RM dalam perkataan, cap air (watermark), dan butiran saksi.

Tandatangan Jarak Jauh

Peminjam tidak berada di depan anda? Kongsi Draf PDF dan Kod QR ke WhatsApp, mereka boleh semak dan 'Sign' dari jauh dengan selamat.

Peringatan Mesra & Kalendar

Tiada lagi rasa segan nak minta hutang! Set peringatan di Google Calendar atau hantar notifikasi 'Push' terus ke telefon peminjam dengan 1 klik.

Bayaran Ansuran Fleksibel

Bina jadual bayaran ansuran sendiri (Custom). Peminjam hantar rekod bayaran, dan anda boleh Luluskan atau Tolak berserta alasan spesifik.

Keselamatan Tahap Tinggi

Dilindungi biometrik (Cap Jari/FaceID) setiap kali meluluskan dokumen. Identiti disahkan melalui kod OTP (SMS) dan pautan Emel mengelak penyamaran.

Sokongan Tuntutan Agama

Aplikasi ini menyokong saranan untuk menulis setiap urusan hutang piutang yang bertempoh bagi mengelakkan pertikaian di kemudian hari.

Tutorial Penuh: Cara Penggunaan

Tonton video tutorial di bawah atau ikuti langkah mudah ini untuk menguruskan rekod secara telus.

1. Panduan Setup Pengguna Baru

2. Cara Tambah Kontrak Baharu

Langkah 1: Profil & OTP
1

Tetapkan Profil & Keselamatan

Sahkan emel dan nombor telefon anda menggunakan sistem Verifikasi Dua Langkah. Aktifkan keselamatan biometrik peranti anda. Seterusnya, imbas MyKad anda sendiri dan lukis tandatangan digital untuk melengkapkan profil rasmi.

2

Cipta Rekod & Jadual Custom

Masukkan butiran pinjaman, tujuan hutang, serta tetapkan jadual bayaran secara fleksibel atau sekaligus. Gunakan kamera untuk mengimbas QR Peminjam bagi mengekstrak butiran mereka tanpa silap taip.

Langkah 2: Cipta Rekod & Jadual
Langkah 3: Draf, QR & Remote Sign
3

Kongsi Draf & Remote Sign

Jika peminjam tidak berada di depan anda, kongsikan Draf PDF dan imej Kod QR melalui WhatsApp. Peminjam boleh membaca syarat terlebih dahulu, kemudian mengimbas QR dari galeri telefon mereka untuk menurunkan tandatangan secara jarak jauh (Remote Sign).

4

Rekod & Pengesahan Bayaran

Setiap kali peminjam merekod bayaran, anda akan menerima notifikasi. Anda berhak menekan butang Lulus (bagi menolak baki hutang) atau Tolak (Reject) dengan menyertakan sebab khusus sekiranya bukti resit tidak sah.

Langkah 4: Rekod & Pengesahan Bayaran

PERHATIAN PENTING

Aplikasi ini TIDAK memberi pinjaman wang. Kami hanya menyediakan sistem untuk anda merekod hutang anda dengan pihak lain.

🛠️ Jadilah Antara Yang Terawal!

Aplikasi ini sedang dalam fasa Closed Beta. Sila ikuti 2 langkah mudah di bawah untuk mendapatkan akses eksklusif dan muat turun aplikasi IOU terus dari Google Play Store.

LANGKAH 1

Sertai Google Group

Anda wajib menyertai kumpulan penguji rasmi kami terlebih dahulu untuk membolehkan Google Play Store memberi kebenaran akses.

Mohon Sertai Group

Atau e-mel ke:
iou-beta-testers@lamaniaga.com.my

LANGKAH 2

Muat Turun Aplikasi

Selepas berjaya menyertai group di sebelah, klik butang di bawah untuk mengaktifkan status *Tester* dan mula muat turun.

Install dari Play Store

Pautan rasmi selamat Google Play

Penting: Pastikan anda menggunakan e-mel Google Play Store (Gmail) yang sama semasa menyertai Google Group.